Tips Sehat
Selera
Hobi

Popular Posts

Tuesday, 24 January 2017

RESEPIKU

KEK KUKUS COKLAT TOPPING GANACHE


Bahan Kek Kukus


 Bahan A:
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko atau milo - kalau nak kurangkan pahit, boleh kurangkan kuantiti koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

** Semua bahan digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga pekat.
**Rehatkan sebentar bila semua bahan dah sebati

(lebih kurang bancuh air milo je tapi buat atas dapur)


 Bahan B:
 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
**Semua bahan yang diayak


 Bahan C:
4 biji telur - diblender/dimix/dipukul sampai berbuih

Cara-caranya:
1- Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul menggunakan senduk
2- Bila bahan telah sebati, tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Saya masukkan beberapa ketul coklat masakan dalam adunan supaya ia cair dalam kek selepas masak
3. Kukus adunan selama 30-45 minit / Bakar adunan selama 45-50 minit suhu 180 deg celcius
4. Ok, siap!

 ** Saya ada 2 cara untuk buat tooping ganache...

Bahan Topping Ganache 

# Cara 1
 300 gm coklat masakan-dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas


Cara-caranya
1- Panaskan susu cair dan susu pekat - guna kaedah double boil
2- Masukkan coklat masakan yang telah dikisar halus dan kacau sehingga cair dan sebati
3. Padamkan api, dan masukkan butter. Kacau sehingga cair. Curahkan 1/2 coklat ganache ke atas kek. Biarkan 15 minit supaya ia meresap kedalam kek.
4. Panaskan lagi 1/2 coklat ganache dan masukkan air panas. Kacau sebati dan curahkan keatas kek.
5. Ok, siap!blh masukkan ke dalam peti ais.

Bahan Topping Ganache 

#Cara 2

1/2 cawan susu pekat manis

  • 1 sb minyak


  • 1/2 serbuk koko atau milo



  • Cara-Caranya:

    1. Masukkan susu pekat manis bersama serbuk koko ke dalam periuk.

    2. Kemudian gaul hingga sebati dan masak pada api kecil.

    3. Selepas tu masukkan minyak , gaul rata dan matikan api.

    4. Kek siap dihidang..

    selamat mencuba....

    No comments:

    Post a Comment